Monday, July 18, 2011

~Biarlah hati ini menangis...~

Mungkin blm smpai waktu untuk melabuhkan cinta pada manusia kerana cinta ini masih taat pada Yang Maha Pencipta..biarlah hari ini hati ini menangis kerana gagal dengan cinta manusia asalkan diri ini masih taat pada cinta Ilahi....Mungkin bahagia yang dicari bakal tiba suatu hari nanti...bersyukurlah kerana masih dikurniakan nikmat cinta pada Pencipta, Rasul dan ahli keluarga...tak telafaza kata mengungkap hiba..gerhanalah seluruh semesta...walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya.....dan tibalah waktu..ajal bertemu..penuh ketenangan jiwamu berlalu..linangan air mata syahdu iringi pemergianmu....oh sukarnya untuk umat menerima bahkan payah untuk umat mempercaya..tetapi iman merelakan jua...bahawa manusia kan mati akhirnya....Ya Rasulullah...betapa agungnya cinta umat kepada Rasul nya....sedar x sedar kadang2 bila bercinta manusia cenderung untuk menipu...melawan kata ibu bapa...bayangkan..jika buah hati minta tolong laju je menurut kata...bila ibu minta tolong angkat kain di jemuran...selalu jawapan 'ah',' ala', 'kejap la..' yang keluar dari mulut anak2...bila ibu dan ayah suruh solat..liat ya amat...tp bila buah hati ajk tgk wayang..laju je...manusia2..pelik2...sepatutnya kita lebih hormat dan mengikut kata org yang melahirkan dan membesarkan kita..ini tidak..org y xde ikatan yang sah menjadi turutan hati....sedarlah wahai manusia...cinta pada manusia yang bukan milik kita mungkin tidak kan kekal lama..tetapi cinta pada org yang melahirkan dan membesarkan kita adalah cinta yang mampu membawa kita kesyurag yang hakiki....peringatan untuk diriku dan semua....

IN-TEAM - RATU SYAHADAH (NASYID)

Friday, March 11, 2011

apakah arti sebuah percintaan...

Sukar untuk memulakan tutur kata kerana takut didengar...
sukar untuk menghulurkan tangan kerana takut tak dicapai...
jika hati ini berkata...adakah hati itu akn mendengarinya?
adakah hati itu mengerti apa y cube disampaikan oleh hati ini?
adakah hati itu mengahargai apa y dirasai oleh hati ini?
mungkin kejujuran dan keikhlasan membuatkan hati ini masih berharap..
mungkin rasa kasih dan sayang membuatkan hati ini tidak pernah jemu berdoa...
adakah mungkin kerana CINTA..hati ini sanggup membutakan mata kerana takut kehilangan...
atau mungkin kerana takut kehilangan..hati ini terus sanggup berdiam dan redha dengan apa yang mendatang...
sunyi...sepi....tanpa sebarang berita...
adakah hati ini masih kukuh didalam hati ini....
jika benar apa yang dirasakan oleh hati ini..biarlah segalanya tersimpan kemas didalam lipatan hati ini....semoga hati itu sentiasa di dalam keredhaan Ilahi dan terhindar dari sebarang kedukaan....
biarkanlah hati ini terus bersendiri menghadapi segala rintangan agar hati itu sentiasa di dalam kebahagiaan....

hati ingin berbicara....hati ingin bertanya...di mana hujung jalan cerita...yang dulu dan kini terus menjadi tanda tanya...
jika hati itu mendengar....
ketahuilah bahawa hati ini sering dirundum duka....

hati.....

Thursday, March 10, 2011

indeed!

Hmmm....dunno how to start...but this is how i feel now...when i think about it back..i know there must be thousand reasons for those things to be happened. but i know..i don't need it anymore..we always took care of other people feeling..but at the same time we forgot that there is another important that need to be handled with care...thank you for the person who mayb have the intention and mayb not..but...it is damn hurt u know...but it is suck  for me to think about it back...but hopefully that will make me be more careful...finally..
thanks for everything...

Sunday, March 6, 2011

Mesej buat bakal Zaujah...

Assalamualaikum…. Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah…
Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak…
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak …
tp saya selalu tersenyum didalam hati …
agar senyuman ini ‘mahal’ dihari cincin di sarungkan di jari …

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak …
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti …
saya tak perlu bertanyakanya …
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti…

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak …
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya …
tika mana saya dan awak ‘bukan’ lg ‘Saya’ dan ‘Awak’..
di hari2 yg pasti…

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak …
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi …
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak …
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti …
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi …
yg diidam2kan oleh semua insani…

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak …
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi …
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti…

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak …
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu …
Di hari2 yang pasti …

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah …
Untuk hari jadi awak …
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir …
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti…

Awak yakinlah,percayalah…
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi …
Kerana ia bukan hari2 yang pasti…

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak …
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi …
Kerana ia bukan hari2 yang pasti…
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati …
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti …
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ….
Tika saya kesedihan awak bersedia …
Untuk tersenyum disisi dan menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman …
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan …
Tika itu,saya dan awak..bukan lah ‘saya’ dan ‘awak’lagi…
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti …

Berdoalah untuk hari2 yang pasti …
Hari2 yang pasti bagi mereka yang …
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran …
Dan itulah jalan yang telah islam berikan …

-Selamat Malam Awak-
Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti…
Handset ditutup…..
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Bidadari di dunia dan diakhirat,
Yang kenikmatannya lebih kekal abadi…..
Amiinn…